CEO: Parkir RM23 di Jeti Pangkor Marina berpatutan

oleh Hamimah Hamid|
BAYARAN parkir RM23 sehari yang dikenakan kepada pengunjung pada waktu puncak di Kompleks Jeti Marina Pulau Pangkor adalah munasabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island Pangkor Resort and Hotel Ding Mei Looi berkata, dengan kemudahan yang disediakan di jeti, ruang parkir yang luas dan akses mudah ke pulau itu, harga bayaran tersebut adalah berbaloi kepada pengunjung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas Mei Looi, bayaran RM23 yang dikenakan itu adalah bagi pengunjung yang meletakkan kenderaan selama enam jam dan ke atas manakala mereka yang meletak kenderaan kurang daripada enam jam dikenakan bayaran RM1 sejam.

 

“Sebenarnya jumlah caj RM23 yang dikenakan adalah munasabah kerana kami menjamin ketersediaan tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan jeti.

“Malah kami juga menyediakan tempat letak kereta percuma selama sejam selepas pembayaran bagi memudahkan pengunjung bersiap sedia untuk keluar dari jeti,” katanya.

 

Justeru ujar Mei Looi tidak wajar timbul isu bayaran parkir yang dikenakan di Jeti Pangkor Marina.

 

Katanya, pengguna boleh menikmati pelbagai kemudahan yang tersedia di situ seperti gerai jualan dan makanan, kemudahan tandas serta surau dan boleh bergambar di lokasi tarikan terbaru yang menyediakan pemandangan memukau.

 

Sebelum ini, jeti berkenaan menjadi viral di media sosial kerana mengenakan caj parkir yang sangat tinggi kepada pengunjung yang meletakkan kenderaan di situ untuk ke Pulau Pangkor.