CEO Nissan letak jawatan 16 September ini

oleh Mohamad Hanif|
CEO Nissan, Hiroto Saikawa bakal melepaskan jawatannya berkuatkuasa 16 September ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pengarah syarikat tersebut semalam (9 September).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu, tempat beliau akan disandang sementara waktu oleh COO Nissan, Yasuhiro Yamauchi sehinggalah CEO baharu dilantik dalam masa terdekat. 

Isu perletakan jawatan oleh CEO Nissan ini adalah berpunca daripada siasatan dalaman yang mendapati Hiroto Saikawa menerima bayaran melebihi yang ditetapkan menerusi skim penghargaan pegangan syarikat. 

Menurut laporan daripada Bloomberg, Saikawa dikatakan mengaku menerima wang sebanyak 90 juta yen (RM3.5 juta) serta beberapa eksekutif Nissan yang lain.

Ketika ditanya, Pengerusi Nissan Yasushi Kimura berkata, mereka kini sedang mencari pengganti tetap untuk jawatan CEO Nissan sekurang-kurangnya menjelang akhir Oktober ini. 

Jun lalu, sebuah majalah Jepun telah mendedahkan tuduhan bekas pengarah Greg Kelly yang menyatakan bahawa Saikawa telah menerima bayaran sebanyak 47 juta yen (RM 1.9 juta) selepas cukai. 

Skim penghargaan pegangan syarikat tersebut akhirnya dilupuskan, menurut kenyataan daripada barisan pengarah. 

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…