CEO Nissan janji letak jawatan sekiranya pelan pemulihan gagal

oleh Mohamad Hanif|
Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co, Makoto Uchida mengulangi janjinya untuk meletakkan jawatan sekiranya gagal melaksanakan rancangan pemulihan jenama Jepun tersebut.

Beliau menyebut isu berkenaan ketika mesyuarat bersama para pemegang saham Nissan yang berlangsung bagi membincangkan prestasi perniagaan Nissan.

"Pada perjumpaan yang lalu, saya menyebut sekiranya prestasi Nissan tidak bertambah baik, sila pecat saya," ujar beliau.

"Polisi ini kekal tidak berubah!"

Makoto Uchida yang memegang pimpinan Nissan pada Disember lalu berkata demikian kepada para pemegang saham selepas Nissan melaporkan kerugian tahun pertamanya dalam tempoh 11 tahun.


Sumber: Reuters

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang pasti, generasi terkini Nissan GT-R sebenarnya sudah terlalu tua, dah 13 tahun semenjak…
Berita Global
  Untuk itu Nissan memperkenalkan LEAF NISMO pada 2018 dan model 2020 baru sahaja diumumkan di…
Berita Global
Menurut pihak pendakwaraya Amerika Syarikat, Anthony Ghosn dikatakan membuat pembayaran dalam…