CEO Lambo akui mahu hasilkan pengganti LM002

oleh Mohamad Hanif|

Urus bukanlah SUV pertama keluaran Lamborghini, oleh kerana Lamborghini sebelum ini pernah menghasilkan SUV yang memfokuskan kepada prestasi off-road iaitu LM002. 

Namun, menurut ketua eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicali berkata, mereka pernah mempertimbangkan idea untuk menghasilkan model pengganti bagi kenderaan off-road ikonik LM002 itu. 

 


Urus tidak pernah diperkatakan sebagai pengganti sebenar LM002 kerana Lamborghini membangunkan Urus sebagai sebuah SUV berprestasi tinggi yang dikhaskan untuk kegunaan jalan biasa. 

Bercakap kepada Motor Trend baru-baru ini, Domenicali mengesahkan desas desus berita penghasilan model pengganti LM002 itu, namun tidak mendedahkan secara teliti maklumat serta bila ia bakal direalisasikan. 

 


Lamborghini LM002 diproduksikan bermula dari tahun 1986 sehingga tahun 1993, dengan 328 unit sahaja dibina sepanjang tempoh tersebut. 

Dengan rekaan badan yang muskular, Lamborghini menawarkan enjin Countach 5.2 liter bentangan V12 yang mampu menghasilkan 450 hp dan daya kilas 500 Nm yang digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan. 


Bagi mereka yang inginkan kuasa tambahan, enjin pilihan 7.2 liter V12 turut dihasilkan di mana enjin ini merupakan enjin yang diproduksikan untuk kegunaan bot-bot berkuasa tinggi. 

Menariknya, sebuah binaan one-off LM002 (lebih berbentuk sebuah SUV) turut dihasilkan pada waktu itu dikhaskan kepada Sultan Brunei (siapa lagi?).

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu daripada unit tersebut adalah seperti yang anda lihat sekarang, unit pemanduan kiri…