CEO Jaguar Land Rover Thierry Bolloré letak jawatan

oleh Hamimah Hamid|
Thierry Bolloré, meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaguar Land Rover (JLR) berkuat kuasa berkuat kuasa 31 Disember 2022.

Thierry yang dilantik sebagai CEO JLR pada September 2020 meletak jawatan dari anak syarikat milik penuh Tata Motors itu atas sebab peribadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula pada Rabu (16 November) jawatan tersebut akan dipikul oleh Ketua Pegawai Kewangan, Adrian Mardell yang telah berkhidmat di firma itu sejak 1990. 

Peletakan jawatan Thierry berlaku kurang dari dua tahun selepas beliau mengumumkan pelan transformasi yang dramatik dan meluas untuk syarikat itu di bawah sepanduk 'Reimagine',

Sepanjang tiga bulan berkhidmat, Thierry memfokuskan kepada mengelektrifikasikan barisan produk, menyahkarbonkan operasi dan meningkatkan kualiti kereta yang dibina syarikat terbabit. 

Sebagai sebahagian daripada Reimagine, Thierry berkata setiap Land Rover akan ditawarkan dengan rangkaian kuasa elektrik menjelang akhir dekad ini.

Strategi menjenamakan semula itu akan bakal menonjolkan Jaguar sebagai jenama mewah kereta elektrik mulai 2025.