CEO Garuda dipecat - cubaan seludup masuk Harley-Davidson dalam pesawat

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Indonesia mengumumkan dalam proses memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan milik kerajaan, PT Garuda Indonesia kerana didapati menyeludup motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pesawat yang baru dibeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menterinya, Erick Thohir, berkata Ari Askhara didakwa cuba mengelak cukai untuk motosikal Harley Davidson bernilai 800 juta rupiah (RM237,667) dengan menyeludupnya dalam pesawat dari Perancis.

Menurut Reuters, pihak berkuasa turut menemui basikal lipat yang tidak diisytihar kepada kastam.

“Kita juga akan mengesan orang lain yang terbabit,” kata Erick pada sidang media di sini, semalam.

Menurut laporan media Indonesia, motosikal Harley Davidson dan basikal Brompton itu dibawa masuk menggunakan pesawat Airbus A330-900 Neo dari Perancis awal bulan ini, bersama rombongan penerimaan pesawat terbabit.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Beliau akan meneruskan peranan yang ditinggalkan oleh CEO & Presiden terdahulu, Sagree Sardien…