CEO Ferrari puji Tesla mengenai impak EV dalam industri automotif

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna telah menjadi CEO syarikat jenama Itali itu sejak 17 bulan yang lepas, baru-baru ini dalam satu temu bual, Vigna telah memuji satu jenama yang telah memberi impak besar dalam industri automotif iaitu Tesla.

Jika dibandingkan, Ferrari dan Tesla sememangnya dua syarikat pengeluar kereta yang berbeza dengan fokus masing-masing dalam industri automotif.

Dalam satu temu bual bersama Bloomberg baru-baru ini, Benedetto Vigna menyatakan bahawa Tesla memberikan perubahan besar dalam industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna berkata, “Sumbangan besar yang Tesla telah buat kepada industri automotif? Ianya satu impak besar. Dulu perkara berlaku terlalu perlahan. Tesla menggegarkan industri dan mempercepatkan proses serta keputusan. Mereka lebih pantas dan lebih tangkas,”

 

2

 

Apabila ditanya mengenai EV Tesla, Vigna memberitahu bahawa EV syarikat tersebut berfungsi mengikut tujuan asas, beliau berkata "Ianya bertujuan untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain".

Syarikat dari Itali itu juga dijangka untuk mendedahkan EV pertama Ferrari menjelang tahun 2025, dan bakal dihantar pada pelanggan pada tahun berikutnya.

Vigna turut menambah, “Elektrifikasi ialah cara baharu untuk memberikan pelanggan kami pengalaman pemanduan yang unik, dan saya tidak ragu-ragu bahawa rangkaian kuasa elektrik kami akan memberikan pelanggan keseronokan enjin pembakaran yang sama."

"Intinya ialah bagaimana untuk mengeluarkan emosi terbaik daripada penggunaan teknologi ini, memberikan sesuatu yang unik kepada pelanggan,”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabit…
Berita Global
Pakej tersebut memfokuskan kepada peningkatan dinamik pemanduan, menjadikan Purosangue lebih sporty…
Berita Global
Lebih menarik, perubahan itu bukan sahaja terhad kepada model baharu, malah pemilik sedia ada turut…