CEO, CFO syarikat Lordstown letak jawatan serta-merta

oleh Mohamad Hanif|
Lordstown Motor dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Steve Burns dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Jolio Rodritguez telah meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta-merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari syarikat itu mengumumkan kebimbangan terhadap kemampuan kewangan mereka untuk memproduksikan trak pikap elektrik Lordstown Endurance.

Menurut laporan CNBC, susulan pengumuman itu saham Lordstown menjunam 18.8 peratus kepada $9.26.

Ketua Pengarah Bebas Lordstown, Angela Strand telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif dan bakal mengemudi pimpinan sementara waktu sehingga CEO baharu dilantik.

Sebelum ini, firma analisis Hindenburg Research mendapati Lordstown menggunakan pesanan palsu untuk mengumpulkan modal bagi produksi trak pikap Endurance.

Syarikat Lordstown merupakan salah satu daripada syarikat pemula kenderaan elektrik selain daripada Rivian, Bollinger, serta Alpha Motor yang menjanjikan kehadiran produk trak pikap elektrik untuk pengguna.

Baca: Lordstown Endurance

Baca: Lordstown tak cukup dana produksi Endurance

Baca: Tujuh Trak Pikap Elektrik Selain Tesla Cybertruck

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Suntikan modal tambahan tersebut diperlukan bukan sahaja untuk tujuan produksi, akan tetapi ia juga…
Berita Global
Salah satu daripada tujuh trak pikap elektrik tersebut adalah Lordstown Endurance di mana ketika…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang meminati segmen trak pikap sifar emisi ini usah terlupa kerana selain…