Centre cap VW ini sentiasa melintang, tidak berputar ikut sport rim

oleh Muhammad Md Tajudin|
Roda aloi jika tiada centre atau hub cap memang nampak janggal. Walaupun roda tersebut mahal harganya atau sukar (rare) hendak ditemui tetap perlu ada centre cap. 

Satu lagi perkara yang membolehkan roda anda nampak cantik atau menunjukkan anda seorang yang mementingkan kesempurnaan ialah centre cap mestilah dipasang dengan posisi selari pada keempat-empat roda.

Masalahnya kedudukan tersebut adalah mustahil untuk rim biasa. Atau ada yang masih ingat trend rim spinner satu ketika dahulu? Kereta bergerak, bahagian luar rim pun berpusing laju macam kipas.

Apa yang dibuat oleh Volkswagen pula terbalik dengan memperkenalkan centre cap dengan logo VW yang tidak bergerak tetapi rim berpusing seperti biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dynamic Volkswagen Hub Caps

 

Nama rasmi aksesori ini dikenali sebagai Dynamic Volkswagen Hub Caps yang juga boleh timbul keluar apabila roda perlu dibuka atau digantikan.

Fungsi pelarasan atau imbangan sendiri centre cap VW membolehkannya berada di posisi bebas tanpa mengikut pergerakan roda dan ia akan sentiasa berada di dalam keadaan melintang tidak kira berapa kelajuan kereta atau posisi roda.

Maknanya logo pada keempat-empat roda akan sentiasa melintang walaupun kereta bergerak dan semasa tayar berpusing.

Centre cap ini boleh dipasang pada roda aloi dengan kod 5G0601171XQI. Ia sebenarnya boleh dipasangkan pada kebanyakan model VW kecuali up!, Polo, Lupo, T-Cross, Phateon dan Touareg.

 

VW Arteon

 

Ini adalah kali pertama VW mengeluarkan aksesori tersebut dan ia boleh dimiliki pada harga £156.00 (RM807) untuk set dengan empat unit.

Tidak pasti sama ada centre cap ini akan dipasarkan sebagai koleksi aksesori VW di negara kita atau tidak. Jika berminat tiada masalah, pesan terus daripada United Kingdom atau minta kenalan atau saudara-mara di sana dapatkan.

Aksesori yang menarik dan terasa teruja pula apabila melihat roda bergerak tetapi centre cap terus melintang dengan segak.

Hairan juga ilmu fizik apa yang digunakan VW? Geram nak buka dan lihat mekanisma di dalam centre cap tersebut.

Ada sesiapa yang boleh terangkan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…