Celcom, eMooVit perkenal Proton Exora, ciri swapandu tahap ke-4!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala masih ramai di antara kita yang terkial-kial menikmati rangkaian 4G, teknologi 5G sudah pun mendarat di Malaysia, dan bagi mempromosikan penggunaan rangkaian terbaharu itu, Celcom mempunyai cara tersendiri. 

Dengan menggunakan sebuah Proton Exora, Celcom bekerjasama dengan eMooVit bagi membangunkan sebuah kereta swapandu yang menggunakan ciri rangkaian termaju 5G tersebut. 

 


Proton Exora ini dilengkapi dengan lapan buah kamera bagi memantau keadaan sekeliling dan dibantu dengan penggunaan sensor Lidar bagi mengenal pasti jarak dan memeta keadaan sekeliling. 

Rakan media Amanz.my telah diberikan peluang untuk menyaksikan sendiri operasi Proton Exora swapandu ini dan mendapati ia mampu mencapai kelajuan 15 sehingga 40 km/j dengan keupayaan SAE Level 4.


Apa yang harus diakui, penggunaan teknologi swapandu semestinya memerlukan jaringan data berkelajuan tinggi dengan kadar lengah masa yang sangat rendah. 

Menerusi ujian yang dilakukan oleh eMooVit sepanjang 800 meter, mereka mendakwa penggunaan data mencapai 44 GB!

 


Selain daripada Proton Exora swapandu, Celcom juga akan memperkenalkan beberapa konsep penggunana rangkaian 5G sepanjang minggu ini, termasuklah acara 5G Malaysia di Putrajaya. 

 


Sumber: Amanz.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  Sebelum tidak sedarkan diri, Nor Wahid memanggil isterinya berusia 46 tahun yang berada di…