Celana dalam khusus buat penunggang

oleh Careta.my|
sport-moto-skiveez.jpg
sport-moto-skiveez.jpg
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kematu? Hard-butt ride? Bukan masalah lagi, macam macam dah ada sekarang ni. Bukan setakat baju, seluar, jaket sahaja, kini celana atau seluar dalam pun direka khas untuk para penunggang motosikal. Bukan sahaja untuk lelaki, malahan yang khas untuk perempuan pun ada! Seluar dalam berpelapik Moto-Skiveez ini diasaskan rekabentuknya kepada seluar dalam khas untuk basikal. Ia didatangkan dengan berberapa rekabentuk berbeza sesuai dengan tunggangan anda. Bagi tunggangan motosikal sport ia nya terdiri daripada pelapik lima lapisan, iaitu kain asas Malinga, tiga jenis busa yang berbeza dan lapisan ion perak diselitkan. Ia khusus direkabentuk untuk daya pecutan pantas, brek tegas dan belokan gaya motosikal sukan hari ini. Pelapik di kawasan sentuhan utama reka bentuk ini mempunyai tujuh lekukan dan tiga jalur pelapik dalam setiap sarungan kaki untuk memberi keselesaan dalaman bagi paha apabila penunggang mengapit tangki bahan api dengan kaki mereka. Busa lebih kukuh digunakan di hadapan pelapik kerana penunggang berada dalam kedudukan yang lebih agresif dan ke bersandar ke hadapan. red1  spt-bottom Pelapik Moto-Skiveez untuk gaya ADVENTURE adalah yang paling kompleks dalam kesemua reka bentuk Moto-Skiveez. Ia dicipta untuk memberikan keselesaan dan fungsi untuk pelbagai gaya menunggang. Pad ini direka untuk penunggang yang bergerak dari tempat duduk untuk berdiri dan beralih dari belakang ke depan. Pelapiknya mempunyai pelbagai kepadatan dibentuk dengan kedua-dua lengkung elips cekung dan cembung. Ciri ini memberikan keselesaan kepada penunggang yang sentiasa bergerak ke hadapan dan belakang. Salah satu fungsi utamanya adalah untuk memberi keselesaan untuk tunggangan jangka panjang ketika pengembaraan atau touring. Selain itu reka bentuk ini mempunyai dua sambungan empuk, diletakkan di bahagian dalaman paha dan mempunyai rusuk empuk menegak dengan bukaan pengudaraan. Ini adalah untuk menangani geseran dari pergerakan kerap di tempat duduk yang dialami ketika penunggangan agresif. adv1 adv-bottom Pelapik CRUISER Moto-Skiveez pula terdiri daripada lima lapisan; lapisan asas kain Malinga, tiga kepadatan busa yang berbeza dan lapisan dengan ion perak untuk menghalang pembentukan bakteria dan kulat. Ia dihasilkan dengan busa khas yang dibentuk dalam bentuk elips di bawah kawasan tulang tongkeng dan kiri & kanan tulang pelvik. Bahagian hadapan pelapik pula berkontur di kedua-dua belah, dengan tumpuan kepada kawasan tongkeng kerana kedudukan menunggangn dengan kaki ke hadapan. cru-bottom1 cru1 Pelapik untuk wanita LADY Moto-Skiveez pula menggunakan teknologi terkini pelapik basikal yang dibangunkan di Itali. Teknologi baru ini mencipta pelapik dengan ketumpatan yang pelbagai menggunakan hanya satu lapisan busa proprietari. Busa ini mampu bernafas, dan ringan yang direka khusus untuk anatomi wanita. Ia terdiri daripada dua kain yang berbeza, di mana kain pertama membenarkan pemindahan kelembapan, dan yang kedua pula merupakan kain mesh yang dipilih kerana keupayaan pengalihan udara. Reka bentuk LADY adalah universal dan dicipta untuk meningkatkan keselesaan dalam pelbagai kedudukan menunggang. lady-short-300x300 Layari http://motoskiveez.com untuk maklumat lanjut.