Cedera dilanggar kenderaan tak berinsuran? MIB boleh bantu

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pernahkah anda terlibat dalam kes kemalangan jalan raya dan cedera akibat dilanggar dengan kenderaan yang tidak mempunyai insuran? Sudahlah dilanggar dan cedera, bukan salah diri sendiri, orang yang melanggar itu pula lepas tangan tak mahu membayar ganti rugi atau kos perubatan. Apa yang perlu anda lakukan? Untuk makluman, jika anda terlibat dalam kes dimana anda telah dilanggar dengan kenderaan yang tidak berinsuran, anda boleh mendapatkan pampasan dari Motor Insurer’s Bureau (MIB).

mib-logo

MIB sebenarnya bukanlah syarikat insuran, tetapi MIB merupakan biro yang memberi  saguhati khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang telah dilanggar dengan kenderaan yang tidak berinsuran. Berikut adalah beberapa perkata penting yang harus anda tahu sebelum memohon pampasan dari MIB: 1. Anda boleh memohon sendiri atau melalui peguam 2. MIB tidak menerima kes langgar lari. Anda perlu tahu nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar 3. Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh tiga tahun kejadian 4. Jika anda melantik peguam dan ingin menyaman kenderaan yang telah melanggar, anda perlu memaklumkan pihak MIB dalam tempoh 30 hari sebelum memfailkan saman tersebut. 5. MIB hanya memberi saguhati dan membayar kecederaan individu sahaja. MIB tidak membayar pampasan pada kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan sebagainya. 6. Jumlah bayaran akan ditentukan oleh pihak MIB sendiri. Dokumen-dokumen yang diperlukan: 1. Surat kepada MIB yang mengandungi butiran kejadian, sebab untuk minta tuntutan dan senarai dokumen yang diperlukan. 2. Laporan polis 3. Laporan polis kenderaan yang melanggar(jika ada) 4. Laporan perubatan Anda perlu menghantar semua dokumen di atas ke alamat:   Motor Insurers' Bureau of West Malaysia Wisma Piam No.150-3, 3rd Floor Jalan Tun Sambanthan, Brickfields 50782 Kuala Lumpur Tel: 03-2274 7395 Fax: 03-2274 5910 Untuk maklumat lanjut:www.malaysiainsurance.info Gambar utama dari:www.schultzmyers.com