Cawangan UMW Toyota di PJ dan Cheras kini menjadi Pengedar

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan dua daripada cawangannya sendiri di Petaling Jaya dan Cheras telah diubah statusnya menjadi pengedar bermula semalam, 1 Julai 2020.
Modenas

 

Ini merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada awal Oktober 2017 dan November 2018 berkenaan peralihan majoriti operasi cawangan runcit syarikat kepada pengedar dan pihak berkepentingan lainnya.

 

Laser Motor PJ Sdn Bhd akan mengambil alih cawangan Seksyen 19, Petaling Jaya sementara Fokus Sentral Sdn Bhd akan mengambil alih cawangan di Cheras.

 

Langkah ini membolehkan UMWT memberi perhatian serta meningkatkan tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti lain yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar, sementara pengedar pula terus memberikan layanan terbaik dan memastikan kepuasan pelanggan sentiasa dipenuhi.

 

“Adalah sangat penting bagi UMWT untuk terus memenuhi jangkaan serta tahap kepuasan yang tinggi pelanggan,” ujar Presiden UMWT, Ravindran Kurusamy.

 

“Walaupun susunan semula ini menandakan perubahan besar buat UMWT, pelanggan kami tidak perlu risau kerana tahap perkhidmatan sedia ada tidak akan dikompromi, sebaliknya akan menjadi lebih baik di masa hadapan,” tambah beliau.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pakej pembiayaan Islamik ini boleh didapati dengan dua pilihan pembiayaan iaitu An Naqlu 1 yang…
Berita Domestik
  Pakej TSS boleh digunakan di semua 85 pusat servis sah Toyota di Malaysia dalam tempoh lima…
Berita Domestik
  Ini susulan kepada pengumuman syarikat pada awal Oktober 2017, yang menyatakan semua operasi…