CATL perkenal bateri berasaskan garam

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, salah satu bahan terpenting dalam masakan seharian kita sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting di dalam menggerakkan trenkuasa elektrik masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat gergasi bateri CATL baru-baru ini melancarkan bateri sodium-ion komersial pertama mereka sebagai satu alternatif kepada bateri lithium-ion yang digunakan oleh peranti kebanyakan seperti telefon pintar, dan juga laptop.

Bateri sodium-ion memiliki beberapa kekurangan seperti jangka hayat bateri yang singkat, serta kadar ketumpatan tenaga yang jauh lebih rendah, iaitu sekitar 160 Wh/kg jika dibandingkan dengan bateri lithium-ion (285 Wh/kg).

Namun, para pengkaji di CATL telah berjaya hadir dengan beberapa solusi bagi membolehkan bateri sodium-ion ini dicas sehingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit di dalam suhu bilik, serta mengekalkan kapasiti 90 peratus pada suhu di bawah negatif 20 darjah Celcius.

Menurut CATL, bateri sodium terbaharu ini amat sesuai untuk digunakan oleh kenderaan elektrik terutama di negara sejuk, dan tidak seperti bateri lithium-ion yang mengandungi bahan seperti kobalt atau nikel, ia lebih murah untuk dibangunkan pada skala yang lebih besar.

 

CATL AB


Selain daripada itu, CATL juga turut memperkenalkan sistem bateri hibrid terbabaru yang dinamakan sebagai CATL AB yang menggandingkan kedua-dua bateri sodium-ion dan lithium-ion ke dalam satu sistem tunggal.

Dengan sistem pengurusan bateri pintar, kenderaan elektrik boleh menguruskan aliran tenaga yang lebih efisien dengan mengutamakan penggunaan bateri sodium-ion untuk keperluan pemanduan di dalam suhu rendah atau bateri lithium-ion untuk keperluan tenaga pecutan berprestasi tinggi.

Tambahan pula, sistem produksi sedia ada boleh digunakan untuk membangunkan dan memasang sel bateri lithium-ion tanpa memerlukan penambahan proses produksi.

Menurut CATL, mereka telah pun memulakan penggunaan bateri sodium-ion di peringkat industri dan merancang untuk membentuk rantaian industri asas menjelang tahun 2023.

Sumber: CATL

Berita Berkenaan

Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
Biarpun dalam keadaan cuaca sejuk negatif 7°C, EV yang menggunakan platform CIIC ini masih lagi…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, bateri baharu LFP itu dijangka akan dimuatkan pada model-model kereta…