CATL bangunkan teknologi bateri EV tanpa nikel, kobalt

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar bateri dari China, Contemporary Amperex Technology (CATL) sedang membangunkan teknologi bateri kereta elektrik yang tidak mengandungi bahan nikel atau kobalt.

Seperti yang diketahui umum, penggunaan bahan seperti nikel dan kobalt adalah amat meluas di dalam teknologi bateri EV pada masa kini.

Ketika bercakap di dalam satu sidang industri bertempat di China Association of Automobile Manufactuers di Shanghai, eksekutif kanan CATL Meng Xiangfeng berkata, bateri baharu syarikat tersebut akan memiliki struktur yang berbeza berbanding bateri nickel-cobalt-aluminium (NCA), lithium-ion-phosphate (LFP) dan nickel-cobalt-manganese (NCM).

Walaupun tiada butiran lanjut diberikan, Meng mengesahkan bahawa teknologi bateri baharu ini tidak akan menggunakan bahan logam mahal, seperti nikel dan kobalt.

Bukan sekadar CATL, malah syarikat lain seperti Panasonic dan LG Chem turut sama mengorak langkah untuk mengurangkan penggunaan bahan kobalt di dalam pembuatan bateri nickel-cobalt-aluminium mereka.

Selain daripada teknologi bateri baharu, CATL juga sedang membangunkan teknologi yang mengintegrasikan sel bateri terus ke dalam rangka EV, serta bateri EV yang mampu bertahan operasi sejauh 2 juta kilometer.

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pelaburan bertempoh 10 tahun itu merupakan sebahagian daripada projek yang telah diumumkan sebelum…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, ia melibatkan enam syarikat, termasuk dua syarikat berstatus Startup.…
Berita Global
Menurut Septian, "saya telah menerima cadangan daripada mereka (Tesla) pagi semalam, dan kami akan…