Bukan keluaran biasa, hanya 85 buah ditawarkan dengan pembahagian 60 untuk 485 FE dan 25 485 CSR FE.
Setiap kereta didatangkan bersama kemasan khas Final Edition dan spesifikasi terbaik yang ada untuk 485. Pelanggan juga boleh memesan perkakasan tambahan.
Di antara perkakasan khas seperti kerusi balutan Alcantara dan kulit hitam dengan sulaman Final Edition, papan pemuka karbon dan karpet penuh.
Bahagian luar diserlahkan dengan grafik satin hitam, logo hitam, plak bernombor dan lima pilihan warna premium.
Kedua-dua model digerakkan enjin 2.0 liter Ford Duratec dengan ligatan sehingga 8,500 rpm.
Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 4.1 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 224 km/j.
485 FE ditawarkan dengan casis standard dan besar manakala 485 CSR FE hanya dikeluarkan dalam casis besar.
Tidak hanya Eropah, sepuluh buah Seven 480 FE akan dikeluarkan khusus untuk pasaran Jepun. Harga bermula daripada €67,495 (RM344,885) dan tidak termasuk cukai.
Spesifikasi Caterham Seven 485 Final Edition:
- Enjin: Ford Duratec 1,999cc
- Kotak gear: 5 kelajuan manual
- Kuasa: 228 ps @ 8,500 rpm, 205 nm @ 6,300 rpm
- Pecutan 0 - 100 km/j: 4.1 saat
- Kelajuan tertinggi: 224 km/j
- Berat: 560 kg (485 FE), 605 kg (CSR FE)
Pakej Final Edition
- Takungan kering (dry sump)
- Angkup brek depan empat omboh
- Perkakasan dan logo hitam
- Penutup but vinil hitam
- Muncung (nose cone) 620 Aero
- Gerbang roda depan dan belakang komposit (485 FE)
- Sayap depan aero (485 CSR FE)
- Lampu belakang LED
- Papan pemuka karbon
- Meter Final Edition
- Terowong tengah balutan kulit dan sulaman kelabu cerah
- Sarung batang gear dan brek tangan Alcantara dan sulaman kelabu cerah
- Tali pinggang keledar empat sudut
- Balutan karpet penuh
- Lampu tukaran gear jujukan
- Soket 12V
- Pemanas!
- Pembeza gelinciran terhad (LSD)
- Pek ampaian sport (485 FE)
- Ampaian depan dalaman (inboard) dan bebas di belakang (485 CSR FE)
- Rim aloi Apollo 13 inci (485 FE)
- Rim aloi Vulcan 15 inci (485 CSR FE)
- Tayar TOYO Proxes R888R
- Kerusi corak Sport Hex balutan kulit dan sulaman Final Edition
Perkakasan pilihan
- Peredam Bilstein
- Rangka keselamatan
- Stereng buka cepat
- Perkakasan gentian karbon
- Lampu nyalaan siang LED
- Dan banyak lagi!
Penulis: Muhammad Md Tajudin