Catalytic converter - bukan punca kematian

oleh Mohamad Hanif|
Catalytic converter atau penukar bermangkin yang ada pada sistem ekzos kenderaan adalah antara komponen kenderaan yang diperlukan dalam memastikan kadar pencemaran dari asap kenderaan dikawal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penukar bermangkin ini sebenarnya menurunkan kadar "keracunan" dari gas-gas dan pencemar yang keluar dari ekzos kenderaan berenjin menggunakan proses tindakbalas redoks.

Ia direka pada penghujung abad ke-19 di Perancis, dan kemudian mula digunakan di seluruh dunia semenjak tahun 1970-an bagi mengurangkan masalah asap kenderaan (smog) yang menghantui bandar-bandar besar di Eropah dan di US.

Alat penukar bermangkin ini sebenarnya adalah satu komponen yang mahal kerana ia menggunakan logam-logam seperti platinum, palladium dan rhodium untuk menjadi pemangkin kepada proses perubahan dan pembersihan gas.

 


Di Eropah dan di US, kes-kes pencurian penukar bermangkin memang ada berlaku kerana kerajaan di sana sering melakukan ujian asap walaupun untuk kenderaan persendirian.

Komponen penukar bermangkin mampu bertahan selama 10 tahun sebelum ia perlu ditukar dan harganya mampu mencecah ribuan ringgit.

Walaupun ia mengurangkan pencemaran asap ekzos kenderaan, ia tidak mampu untuk membersihkan asap itu sehingga selamat untuk dihidu.

Kerosakan penukar bermangkin mampu menyebabkan gejala-gejala ini:

1. Misfiring pada enjin

Isu misfiring atau salah cetusan mungkin berlaku dari penukar bermangkin yang sudah terlalu panas dan gagal berfungsi.

Adunan bahan api yang berlebihan di dalam kebuk pembakarang mampu menyebabkan komponen di dalam penukar bermangkin itu cair terus.


2. Hilang tenaga bila memecut

Penukar bermangkin yang tersumbat akan menyebabkan kenderaan anda hilang tenaga bila memecut.

Ramai mekanik yang tersilap bila isu ini terjadi dan memeriksa atau menggantikan komponen lain walhal yang rosak sebenarnya ialah penukar bermangkin.

 


3. Prestasi enjin semakin lemau

Ini akan terjadi kerana terjadinya tekanan dari belakang (back pressure) akibat penukar bermangkin yang rosak. Enjin terasa berat dan pemalas, seperti ular sawa yang baru menelan seekor anak lembu.

4. Kadar pencemaran asap semakin tinggi

Kadar pencemaran asap semakin tinggi kerana penukar bermangkin tidak lagi berfungsi. Ini boleh diperiksa di Puspakom atau pusat-pusat servis kenderaan tertentu.

5. Bau dan asap

Penukar bermangkin yang sudah rosak, cair dan tidak berfungsi akan menyebabkan asap keluar dari corong ekzos lebih banyak dari biasa. Anda juga akan menghidu bau ekzos yang lebih kuat dari biasa.


 


Untuk kenderaan-kenderaan biasa, penukar bermangkin ini tidak disambungkan terus ke sistem komputer, dan kenderaan masih boleh dipandu sehingga komponen dalaman penukar bermangkin terus hancur dan cair.

Untuk kenderaan modern di mana penukar bermangkin disambungkan terus ke ECU, akan ada perubahan prestasi yang berlaku.

Oleh kerana Malaysia hanya memerlukan ujian asap ekzos sebelum kenderaan itu akan dijual di dalam pasaran tempatan, pengguna tidak perlu risau risiko disaman kerana tidak ada pemeriksaan asap dilakukan di atas jalanraya atau secara tahunan untuk kenderaan berenjin  biasa.

Sekiranya Malaysia mahu terus berdaya saing dalam industri automotif, senario ini perlu ditukar.


Sumer info dari: Carfromjapan

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini menyebabkan Toyota bekerjasama dengan syarikat MillerCAT untuk menawarkan perisai penukar…
Berita Global
Untuk memudahkan kerja, ada di antara mereka yang lebih gemar memilih waktu yang bersesuaian dan…
Berita Global
Menurut laporan daripada AutoExpress UK, lebih daripada 100,000 unit kenderaan di seluruh United…