Casio PRO TREK PRW-61 - jam mesra alam guna bahan plastik kitar semula

oleh Mohamad Hanif|
Prihatin dengan kesejahteraan alam sekitar, Casio baru-baru ini melancarkan secara rasmi penambahan terbaharu kepada barisan model PRO TREK, iaitu PRW-61.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jam tangan PRW-61 ini merupakan jam pertama Casio yang diperbuat daripada plastik biomassa yang disumberkan daripada bahan organik yang boleh diperbaharui.
 

plastik


Penggunaan bahan ini boleh didapati pada komponen seperti casis utama, tali jam serta penutup belakang itu dan ia mampu mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan mengurangkan emisi CO2.

Sebagai sebuah jam kegunaan outdoor, PRW-61 dilengkapi dengan Triple Sensor yang merangkumi kompas digital, barometer/altimeter, serta termometer.
 

outdoor


Ia juga mampu menerima isyarat frekuensi radio Multi-Band 6 dari seluruh dunia, dan disokong oleh Tough Solar bagi memastikan kuasa yang lebih stabil.

Sebagai sebahagian daripada Sustainable Development Goals, Casio turut melaksanakan inisiatif dengan menggunakan kertas kitar semula dalam pembungkusan jam PRW-61.

Casio PRW-61 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Khaki/Black, Black/Black, serta Black/Silver, namun harga jualan belum didedahkan buat masa ini.