Casio Malaysia lancar GBD-100 edisi terhad untuk Harimau Malaya

oleh Mohamad Hanif|
Dengan penglibatan yang lama di dalam sukan bertaraf antarabangsa, Casio telah diumumkan sebagai penjaga masa rasmi bagi Piala Suzuki AFF pada Ogos tahun lalu.

Sebagai sokongan kepada pasukan Harimau Malaysia, Casio Malaysia telah melancarkan jam tangan edisi terhad sebagai hadiah kepada para pemain dan pegawai pasukan negara.
 

Casio


Jam tangan edisi terhad itu menggunakan asas daripada model GBD-100-1A7, dengan menampilkan logo harimau, serta jalur ikonik hitam bertulisan kuning yang merupakan warna pasukan Harimau Malaya.

Selain itu, logo Piala Suzuki AFF juga turut kelihatan pada tali jam tangan urethane sebagai memperingati acara berprestij itu.
 

GBD-100


Menurut Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro berkata, "kami berasa amat berbangga dapat menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan Harimau Malaya.

"Jam tangan ini merupakan bukti terhadap semangat juang yang kuat, dan tiada apa yang boleh menghalang mereka memburu kejuaraan dan dalam masa yang sama membawakan kebanggaan dan perpaduan negara ke hadapan.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ia membawakan rekaan ikonik jam tangan G-SHOCK dan dilengkapi dengan penderia optik dan…
Gaya Hidup
Ditawarkan dalam tiga variasi warna muka jam yang berbeza iaitu biru, hitam dan hitam merah, di…
Gaya Hidup
  Kesemuanya akan mula masuk ke pasaran Malaysia bermula bulan hadapan dan boleh didapati dari…