Casio Malaysia buka tempahan awal GBD-200 - harga jualan rasmi RM699

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi laman rasmi Facebook Casio Timepiece Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan pra-tempahan bagi jam tangan fitness G-Squad GBD-200 bermula 24-30 Julai ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jam tangan Casio G-Shock GBD-200 merupakan sebuah jam tangan fitness yang membawakan fungsi-fungsi yang hampir serupa dengan model GBD-100 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Rekaan luarannya sememangnya mengingatkan kita kepada model G-Shock yang pertama, DW-5000C yang dilepaskan kepada umum pada tahun 1983.

 

GBD-200


Disebabkan rekaan itu, GBD-200 memiliki dimensi yang lebih kompak, iaitu 2.0 mm lebih nipis, 8.8 mm lebih pendek dan 3.4 mm lebih tirus jika dibandingkan dengan model GBD-100.

Selain daripada itu, model baharu ini juga lebih ringan, 58 g sahaja berbanding model GBD-100 seberat 69 g.

 

GBD-200 vs GBD-100


Namun, antaramuka jam serta fungsi yang dibawakan pada GBD-200 adalah serupa dengan apa yang ditawarkan pada model GBD-100, seperti keupayaan penjejak rentak larian masa nyata, fungsi GPS, dan keupayaan untuk disambungkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi G-Shock Move.

Casio Timepiece Malaysia mengumumkan harga jualan bermula dari RM599, namun pembeli terawal boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM100, serta tambahan tempoh jaminan selama enam bulan terhadap jaminan standard satu tahun.

 


Mahu jadi pembeli terawal? Anda boleh merujuk laman web yang disenaraikan di SINI.

Sumber: Casio Timepiece Malaysia