Casio lancar jam tangan G-Shock edisi terhad Harimau Malaya - 999 unit sahaja, RM579

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian penajaan yang bakal berakhir pada Februari 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, pihak Casio Malaysia turut sama melancarkan jam tangan edisi terhad bertemakan Harimau Malaya yang bakal mula dijual pada bulan Jun ini.

 


Menggunakan asas daripada jam tangan G-Shock GA-2000-1A9 - sebuah jam analog-digital yang menggunakan struktur Carbon Core Guard - edisi terhad Harimau Malaya ini menampilkan tema warna hitam dan kuning, serta terdapat logo FAM dan Harimau Malaya pada tali jam.

Hanya 999 unit jam tangan edisi terhad ini akan ditawarkan kepada pembeli dan setiap satu bakal menampilkan nombor bersiri yang terletak di bawah tali jam tangan.

 


Selain daripada itu, setiap pembelian akan turut disertakan dengan t-shirt khas Harimau Malaya x G-Shock, gelang tangan, dan beg kertas khas.

Harga jualan bermula dari RM579 dan jam tangan G-Shock Harimau Malaya ini boleh didapati menerusi G-Factory, G-Shock Stores dan pengedar jam tangan Casio yang sah di seluruh Malaysia.

Pembelian juga boleh dibuat menerusi laman rasmi Casio di Lazada dan Shopee.

Sumber: Lowyat.net

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…