Casio lancar jam Recrystallized Series bersempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-40, Casio melancarkan koleksi jam tangan G-Shock 40th Anniversary edisi Recrystallized Series yang membawakan penghormatan kepada jam tangan G-SHOCK DW-5000C yang asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga model jam tangan G-Shock ditawarkan di bawah Recrystallized Series ini, iaitu DW-5040PG-1, GMW-B5000PS-1 dan GWM-B5000PG-9 berwarna emas.

Antara ciri unik ialah penghabluran semula permukaan bahan keluli tahan karat serta pengerasan lapisan dalam yang digunakan buat pertama kali pada jam G-Shock yang memberikan penampilan yang tersendiri.

Ia juga turut diserikan dengan tambahan penyaduran ion (IP), titanium karbida (TiC) dan salutan lain yang memberikan warna yang lebih cantik.
 

DW-5040PG-1

DW-5040


Kesan teknik penghabluran semula dan pengerasan lapisan dalaman itu boleh didapati pada penutup belakang jam, kancing serta gelung tali jam, sebelum disudahi dengan teknik IP hitam dan emas.

Ciri lain termasuklah:
-bezel dan tali jam diperbuat daripada resin
-hiasan perkataan 'PROJECT TEAM "Tough"' pada dial
-logo ulang tahun pada penutup belakang jam
-hiasan empat bintang menandakan ulang tahun ke-40 G-SHOCK

DW-5040PG ini memiliki tahap ketahanan bateri sekitar dua tahun, kalis air sedalam 200 meter, serta ciri pencahayaan electro-luminescent biru hijau.

 

GWM-B5000PS-1 & GWM-B5000PG-9

GWM-B5000PS


Pada model GWM-B5000 ini, permukaan keluli tahan karat itu bukan sahaja diserikan dengan teknik penghabluran semula dan proses pengerasan lapisan dalam, ia juga turut ditambah dengan salutan TiC.

Penutup belakang jam turut mempunyai lapisan DLC, sebelum diukir dengan logo ulang tahun yang ke-40.

Frasa "SINCE 1983" turut muncul pada rekaan dial jam tangan ini.
 

GWM


Jam GWM-B5000 ini dikuasakan oleh tenaga solar, kalis hentakan dan kalis air sedalam 200 meter, mempunyai sehingga lima waktu dunia dan 39 zon masa, serta boleh dihubungkan kepada peranti pintar menggunakan Bluetooth.

Terdapat dua pilihan warna iaitu perak atau emas.

Ketiga-tiga model jam tangan Recrystallized Series ini akan muncul di pasaran pada bulan hadapan.

Sumber: Casio

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan berdasarkan siri MUDMAN GW-9500 itu akan mula dijual di pasaran Jepun bermula Februari…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…
Gaya Hidup
Dua produk G-SHOCK ditawarkan, iaitu GM-B2100LL dengan harga jualan RM4,795 berdasarkan model GM-…