Dibangunkan menggunakan asas GM-2100, Jam Bulan ini menampilkan rekaan bezel logam berbentuk oktagon, dengan kemasan yang diinspirasikan daripada permukaan bulan, serta gilapan cermin di bahagian sisi.
Beberapa bahagian seperti bezel dan permukaan dial didatangkan dengan salutan ion emas untuk sentuhan yang lebih premium.
Elemen yang paling unik muncul pada jam GM-2100-MG-1ADR ini adalah ukiran kawah bulan yang ditonjolkan pada bahagian penutup belakang, diikuti dengan tekstur permukaan bulan pada bahagian dial.
Sebagai sebuah jam G-Shock, GM-2100-MG-1ADR Moon Watch ini turut mendapat ciri seperti tahan hentakan, 31 zon masa dunia, kalendar automatik, sistem penggera, pemasa undur dan juga jam randik.
Ia memiliki ketahanan kalis air sehingga 200 meter, dengan tempoh hayat bateri selama tiga tahun.
Jam bulan ini bakal mendarat di pasaran Malaysia pada bulan hadapan, dengan harga jualan bermula dari RM1,299.