Rekaan unik yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada struktur binaan bezel dan tali jam yang disatukan ke dalam sebuah pakej jam tangan kalis hentakan.
Ini sekaligus menjadikan Casio G-SHOCK GA-B001 jam tangan G-SHOCK pertama yang menampilkan struktur inovatif yang menghubungkan dua komponen berasingan pada posisi jam 3 dan 9.
Bahagian dial berbentuk bulat itu pula menampilkan rekaan geometri dengan penunjuk berbentuk bulat menggantikan angka seperti kebiasaan jam tangan lain di pasaran.
Ia boleh dipautkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Mobile Link, atau CASIO WATCHES yang membolehkan jam tangan ini membetulkan paparan waktu dengan tepat mengikut lokasi.
Terdapat empat warna menarik ditawarkan, dengan harga jualan bermula dari RM645 hingga RM695 untuk pilihan warna hitam lutsinar/merah atau biru lutsinar/hitam.