Casio GSW-H1000 dengan Wear OS kini di Malaysia - RM2,999

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Casio Malaysia membuka pra-tempahan jam tangan fitness GBD-200, mereka kini membawakan sebuah lagi jam tangan G-SHOCK untuk pasaran Malaysia, iaitu G-SHOCK G-Squad Pro GSW-H1000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, GSW-H1000 merupakan jam tangan G-Shock pertama yang dilengkapi sistem operasi pintar Wear OS namun ia masih mengekalkan elemen rekaan tegap yang ada pada sebuah jam tangan G-Shock.

 


Ia pertama kali diperkenalkan pada April yang lalu, di mana ia membawakan skrin berwarna penuh dengan pelbagai ciri jam tangan pintar berorientasikan fitness seperti penderia degupan jantung, accelerometer, gyrometer, GPS, penderia tekanan udara serta penderia altitud ketinggian.

Dari segi spesifikasi, GSW-H1000 mempunyai keupayaan tahan gegaran, serta kalis air sedalam 200 meter, sementara skrin berwarna 1.2 inci TFT itu turut didatangkan dengan keupayaan sesentuh dan ciri Always-On.

 


Bateri yang dimuatkan pada jam tangan GSW-H1000 ini mampu bertahan sepanjang 1.5 hari apabila digunakan secara normal, dan bertahan selama satu bulan dengan menggunakan Multi Timepiece Mode.

Ia boleh dicas menggunakan terminal pengecasan magnetik yang mengambil masa kira-kira 3 jam untuk penuh.

GSW-H1000 juga turut boleh dipautkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Casio yang tersendiri, di mana ia mampu menyokong sehingga 15 aktiviti sukan seperti berenang, belayar, berkayak, berjalan, berlari, berbasikal, aktiviti memancing ikan serta beberapa aktiviti indoor yang lain.

 


Bersempena dengan pengenalan di pasaran Malaysia, Casio Timepiece Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM100 serta tambahan tempoh jaminan enam bulan kepada pembeli terawal di mana kempen ini berakhir pada 6 Ogos nanti.

Harga jualan bermula dari RM2,999 atau RM2,899 sekiranya anda berjaya menempah slot sebelum 6 Ogos 2021 menerusi senarai pengedar yang ada di pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casis jam tangan Bugatti Carbone Limited Edition ini sebenarnya diukir daripada seketul blok…
Berita Global
Menurut Porsche, jam tangan pintar ini diinspirasikan daripada model sedan elektrik Porsche Taycan…
Gaya Hidup
Menerusi kerjasama dengan pengeluar barangan yang boleh dipakai VIITA, Bugatti melancarkan tiga…