Casio G-Shock Mudmaster GG-B100BA-1A - bermula dari RM1,999

oleh Mohamad Hanif|
Jam tangan G-Shock Mudmaster GG-B100BA-1A merupakan salah sebuah daripada tiga model edisi khas yang bakal diperkenalkan pada tahun 2020 hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan United Kingdom.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

G-Shock Mudmaster yang dipaparkan dengan celoreng tentera ini merupakan versi British Army, manakala versi Royal Air Force dan Royal Navy pula bakal menyusul.

 


Casis GG-B100 ini menggunakan struktur Carbon Core Guard yang menjamin ketahanan di bawah permukaan air 200 meter, serta perlindungan kalis habuk dan lumpur.

Tema tentera turut dibawakan pada tali jam resin dan dikontraskan dengan bezel yang dilayangkan kemasan gentian karbon, serta penanda angka berwarna putih.

 


Antara ciri utama yang dibawakan pada jam tangan Mudmaster baharu ini termasuklah empat penderia (altimeter-barometer, termometer, kompas, pengira langkah), sambungan kepada Bluetooth, kalorimeter, waktu penunjuk matahari terbit dan terbenam, serta lampu LED super Illuminator.

Menerusi sambungan Bluetooth itu tadi, anda boleh menyimpan segala data yang diperoleh ke peranti pintar menggunakan aplikasi G-Shock Connected (Android/Apple).

 


Buat para peminat G-Shock Mudmaster, jam tangan GG-B100BA-1A kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM1,999.

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…