Casio G-Shock GSW-H1000 - jam tangan G-Shock dengan sistem operasi Wear OS

oleh Mohamad Hanif|
Casio telah menambah sebuah lagi produk jam tangan di bawah keluarga G-SQUAD PRO, dan kali ini ia menampilkan elemen teknologi terkini, dimulakan dengan penggunaan skrin berwarna penuh dan sistem operasi Wear OS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan G-Shock GSW-H1000 masih lagi membawakan penampilan yang ranggi tipikal sebuah jam tangan G-Shock, dan ini merupakan siri produk kedua yang menampilkan sistem daripada Google. 

Aplikasi Wear OS boleh digunakan untuk peranti Android dan juga iPhone, tetapi beberapa fungsi untuk iPhone seperti iMessage dan Facetime tidak akan boleh digunakan.

 


Dari segi spesifikasi, GSW-H1000 mempunyai keupayaan tahan gegaran, serta kalis air sedalam 200 meter, sementara skrin berwarna 1.2 inci TFT itu turut didatangkan dengan keupayaan sesentuh dan ciri Always-On.

Tidak ketinggalan ciri seperti accelerometer, gyrometer, GPS, penderia tekanan udara dan altitud ketinggian, serta penderia bacaan degupan jantung PPG.

 


Bateri yang dimuatkan pada jam tangan GSW-H1000 ini mampu bertahan sepanjang 1.5 hari apabila digunakan secara normal, dan bertahan selama satu bulan dengan menggunakan Multi Timepiece Mode.

Ia boleh dicas menggunakan terminal pengecasan magnetik yang mengambil masa kira-kira 3 jam untuk penuh.

 


Sistem operasi Wear OS daripada Google menyokong pelbagai ciri pintar seperti notifikasi, navigasi, Google Assistant, dan beberapa aktiviti fitness seperti berlari, berenang, dan sukan ekstrem.

Terdapat dalam warna merah, hitam dan biru, G-Shock GSW-H1000 ini dijual pada harga bermula dari US$700 (RM2,900).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer…
Gaya Hidup
Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…