Casio GM-B2100GD-9A ini didatangkan dengan warna kuning keemasan yang merupakan pilihan warna baharu di dalam siri GM-B2100.

Teknik penyaduran ion (IP) warna kuning keemasan itu bukan sahaja diaplikasikan pada rekaan bezel oktagon yang ikonik itu, akan tetapi meliputi komponen sampingan seperti butang sisi dan skru.
Aksen warna seakan kuning emas itu turut dipadankan pada penanda indeks dan jarum penunjuk, sebelum dikontraskan dengan rekaan dial berwarna hitam.

Tipikal sebuah jam tangan G-SHOCK, GM-B2100GD-9A ini didatangkan dengan keupayaan kalis hentakan dan kalis air sedalam 200 meter, sistem pengecasan Tough Solar, serta boleh dihubungkan kepada aplikasi peranti pintar CASIO WATCHES menerusi sambungan Bluetooth.
Jam tangan emas ini dijual pada harga bermula dari RM2,795.00.