Casio EDIFICE EQS-930HR edisi terhad Honda Racing, bermula dari RM1,299

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia baru-baru ini melancarkan jam tangan EDIFICE EQS-930HR, merangkap model kelima kolaborasi bersama Honda Racing yang telah terbina semenjak tahun 2018 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahun 2021 menandakan ulang tahun yang ke-60 kejayaan Honda di dalam Grand Prix 250cc di mana Kunimitsu Takahashi menjadi pelumba Jepun pertama yang memenangi perlumbaan motosikal bertaraf dunia.

 


Disebabkan itu, EDIFICE EQS-930HR ini mempunyai elemen tersendiri yang terdapat pada bezel dan dial di mana ia merujuk kepada jentera lumba klasik Honda RC162.

Selain daripada itu, rekaan dial berwarna hitam itu diselangi dengan aksen merah yang diinspirasikan daripada tangki RC162, warna perak yang melambangkan warna badan jentera itu, serta dikemaskan dengan motif kuning dan logo Honda yang digunakan pada tahun 1961.

 


Jam tangan EDIFICE EQS-930HR ini memiliki ketahanan kalis air sehingga 100 meter, petunjuk tahap kuasa bateri, dan sumber kuasa solar yang sama seperti EQS-930.

EDIFICE EQS-930HR kini boleh didapati di kiosk G-SHOCK, G-Factory serta pengedar sah jam tangan Casio dengan harga jualan bermula dari RM1,299.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…