Casio Edifice EQB-2000HR "Honda Racing Red Edition" - inspirasi jentera lumba Honda, mula dijual 30 September di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Honda dan Casio baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan melancarkan jam tangan chronograph khas dari siri popular Edifice yang diinspirasikan daripada jentera prestasi tinggi Honda NSX GT3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Edifice EQB-2000HR "Honda Racing Red Edition" menampilkan ciri seperti tali jam menggunakan bahan Alcantara hitam dengan jalur dan jahitan merah, di mana ia merupakan satu rujukan kepada tempat duduk Honda Type R.
 

EQB


Bahagian dial pula menampilkan logo Honda Racing Corporation (HRC), diikuti dengan palang yang dikemaskan dengan warna merah yang sama digunakan pada logo H merah.

Pada penutup belakang pula terdapat logo 60 dan garisan yang membentuk litar Suzuka sebagai meraikan ulang tahun yang ke-60 litar tersebut.
 

EQB


Akhir sekali, rekaan lug jam tangan ini dilihat menyerupai komponen suspensi pada jentera lumba formula.

Dengan berat sekitar 96 g, jam tangan ini turut dilengkapi dengan dial tambahan untuk masa dunia, bateri solar, dan boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth.
 

EQB


Ia akan mula dijual di Jepun pada 30 September ini dengan harga jualan bermula dari 77,000 yen (RM2,497).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…
Gaya Hidup
Ia didatangkan dengan skema empat warna jenama MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas…
Gaya Hidup
Dengan lebih daripada 56 juta naskhah komik yang telah berjaya dijual, pelukis Initial D itu telah…