Cas EV anda dengan mudah guna aplikasi Setel

oleh Mohamad Hanif|
Aplikasi mudah alih Setel kini memperkenalkan fungsi baharu yang mampu memudahkan lagi pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka.

Menerusi aplikasi Setel, pengguna dan pemilik EV boleh membuat pencarian stesen pengecasan pilihan serta pilihan jenis pengecas, di mana pembayaran pula hanya boleh dibuat menerusi Setel Wallet.

Pengguna juga boleh mendapatkan mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi yang telah dibuat.

Setel bekerjasama dengan pihak JomCharge, dengan merancang untuk menjalin kerjasama dengan lebih banyak penyedia pengecasan EV dalam tempoh terdekat, termasuklah Energise oleh PETRONAS.
 

Setel


Untuk fasa pertama, pengguna EV boleh mendapatkan perkhidmatan pengecasan di lima lokasi seperti berikut:

  • Lotus's Tesco Kepong
  • EV Connection Workshop Petaling Jaya
  • Carsome PJ Automall
  • Rasa Sayang Resort (Shangri-La) Pulau Pinang
  • ibu pejabat ACO Group Johor Bahru

Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Store, Google Play Store dan juga Huawei AppGallery.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada mulanya, perkhidmatan penstriman hanya dihadkan pada skrin melengkung papan pemuka, dimana…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…
Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…