Carsome lancar fasiliti baik pulih kereta terbesar, tercanggih di Asia Tenggara

oleh Mohamad Hanif|
Platform e-dagang kereta Carsome secara rasmi melancarkan pembukaan fasiliti Carsome Certified Lab yang menawarkan kemudahan baik pulih kereta terbesar di Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan keluasan lebih 185,000 kaki persegi, fasiliti ini menampilkan kemudahan yang paling canggih untuk membaik pulih kereta terpakai dengan kapasiti sehingga 2,000 buah kereta setiap bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Certified, Mei Han berkata, "Carsome Certified Lab ini diwujudkan untuk memberikan pengguna pilihan kereta terpakai yang lebih berkualiti, dengan proses baik pulih bertaraf dunia.
 

Carsome


Setiap kenderaan akan menjalani proses pemeriksaan 175 mata bagi memastikan ia bebas daripada kemalangan, kerosakan kerangka, kebakaran dan juga banjir.

Antara yang turut dititikberatkan termasuklah pembaikan mekanikal, badan dan cat, serta aspek seperti luaran, dalaman, enjin, transmisi, suspensi, stereng serta bahagian elektrik dan elektronik.
 

Carsome


Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Carsome merancang untuk membuka lebih banyak fasiliti Carsome Certified Lab untuk pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pada ketika ini, Carsome menyenaraikan lebih daripada 1,000 buah kereta yang menawarkan pengalaman digital yang lebih mudah, termasuklah paparan 360 darjah, proses pembelian dengan kertas kerja minium, dan perkhidmatan penghantaran kenderaan terus ke rumah.

Setiap kenderaan Carsome juga dilindungi oleh jaminan selama satu tahun, serta jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari tanpa caj atau bayaran tersembunyi.