Carsome kini beroperasi di Sarawak

oleh Penyumbang Rencana|
Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu kini mengembangkan operasinya ke Sarawak dengan melancarkan empat buah pusat pemeriksaan kenderaan yang baharu.


Dengan pelancaran ini, Carsome memperkenalkan standard baharu dalam penjualan kereta untuk pengguna di Sarawak dengan memberikan mereka pilihan yang telus dan boleh dipercayai.

 

Pusat pemeriksaan ini bertujuan untuk menawarkan  pengalaman menjual kereta yang berbeza dan tidak rumit, dengan proses pembayaran dan transaksi yang pantas.

 

Setiap pusat pemeriksaan Carsome dilengkapi dengan pemeriksa bertauliah yang mahir untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta bagi memastikan kualiti kereta diambil kira untuk menawarkan harga terbaik dalam pasaran.

 

Pengasas Bersama Carsome dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Carsome, Teoh Jiun Ee berkata, pengembangan syarikat ke Sarawak adalah sebahagian daripada misi berterusan untuk menyelesaikan kesulitan pelanggan, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia sepanjang perjalanan penjualan kereta mereka.

 

“Kehadiran Carsome di Sarawak mencatatkan peristiwa penting dan positif buat kami. Motivasi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan Carsome buat semua rakyat Malaysia, justeru menambah-baik ekosistem kereta terpakai dengan penggunaan data dan teknologi,” katanya.

 

Carsome kini memiliki 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia termasuk empat pusat pemeriksaan baharu di Sarawak iaitu di  Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. 

Berita Berkenaan

Informasi
Hari Raya merupakan satu sambutan yang sangat sinonim dengan kita, di mana pada ketika inilah…
Berita Domestik
Kerjasama kedua pihak tersebut dilihat berpunca dari peningkatan kadar kes kecurian kenderaan di…
Berita Domestik
Carsome telah memulakan operasi servis kereta selepas jualan nya di dua buah Pusat Servis Carsome…