Carsome dan Polis Daerah Petaling Jaya kerjasama cegah kecurian kenderaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Salah satu syarikat e-perdagangan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, Carsome baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Polis Daerah Petaling Jaya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kes kecurian kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama kedua pihak tersebut dilihat berpunca dari peningkatan kadar kes kecurian kenderaan di seluruh negara yang telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Berdasarkan laporan dari Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) pada tahun 2020, sebuah kenderaan dicuri setiap 75 minit di Malaysia dengan jumlah purata 20 kereta dicuri setiap hari.

 

3

 

Malahan, risiko kes kecurian kenderaan di Malaysia merupakan antara tertinggi di dunia yang masih meningkat secara berterusan sejak tahun 2001.

Kerjasama diantara Carsome dan Polis Daerah Petaling Jaya bermula dengan pengenalpastian lokasi-lokasi kekerapan kecurian kenderaan,

Carsome akan memasang papan tanda pengumuman perkhidmatan awam sebagai peringatan kepada penduduk dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kereta dan persekitaran mereka.

 

2

 

Pada masa yang sama, Carsome juga akan memberi bantuan sokongan kepada polis dengan peringatan tentang kesedaran jenayah dan mesej pencegahan melalui saluran dalam taliannya, seperti laman web rasmi Carsome.

Kempen keselamatan masyarakat itu telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, serta Pengasas Bersama Carsome dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy, Jiun Ee Teoh di mana mereka meletakkan papan tanda pertama di PPR Lembah Subang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…