Carlos Sainz sertai Ferrari, Vettel tolak McLaren

oleh Mohamad Hanif|
Susulan berita Sebastian Vettel mengumumkan perpisahannya daripada pasukan F1 Ferrari, Carlos Sainz secara sah mengumumkan kemasukannya ke dalam pasukan tersebut dengan kontrak yang termeterai selama dua tahun untuk musim 2021 dan 2022.

Pengumuman merekrut pemandu termuda dalam sejarah 50 tahun Ferrari tersebut dibuat selepas McLaren mengesahkan kemasukan Daniel Ricciardo bagi menggantikan tempat beliau.

Dalam satu kenyataan, Sainz meluahkan rasa teruja beliau dapat menyertai pasukan yang memiliki sejarah penglibatan Formula One yang sangat panjang, namun tetap menegaskan akan tetap fokus bagi pasukan McLaren untuk musim ini.
 


Nasib Sebastian Vettel masih lagi tidak menentu setelah pemandu pasukan Ferrari itu menolak tawaran McLaren, meninggalkan beliau kepada dua pilihan, iaitu pasukan Mercedes (dengan peluang yang sangat tipis) atau terus bersara.

Ramai beranggapan pemandu Jerman itu akan bertukar tempat duduk dengan Sainz di pasukan masing-masing.

Menurut laporan daripada F1-insider, juara dunia empat kali itu tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama dalam membangunkan sebuah jentera yang boleh memenangi perlumbaan, dan berharap pasukan McLaren mampu menguasai perlumbaan pada masa akan datang.

Ini kerana bermula tahun 2021, McLaren akan menggantikan sumber kuasa sedia ada kepada trenkuasa yang terbukti daripada Mercedes.

Sumber: F1-insider

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sementara itu, BMW dilapor tidak berniat untuk kembali menyertai sukan tersebut selepas berpisah…
Sukan Bermotor
Menerusi acara siaran langsung di YouTube "Dialog with Diess", beliau turut menyatakan Volkswagen…
Sukan Bermotor
Ia kemudian diperkuatkan lagi dengan laporan daripada Tarmac Sports Malaysia yang menyatakan pihak…