Carlos Ghosn lari dari Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu berita mengejut yang dilaporkan oleh BBC, bekas bos Nissan Carlos Ghosn diberitakan telah tiba di Lubnan dengan jet peribadi selepas melarikan diri daripada Jepun bagi 'mengelakkan ketidakadilan dan penganiayaan politik'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak diketahui bagaimana bekas CEO Nissan tersebut berjaya melarikan diri, ini kerana di Jepun, Carlos Ghosn dikenakan tahanan dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan Jepun atas tuduhan yang disabitkan. 

Tindakan Carlos dikatakan turut mengejutkan peguamnya Junichiro Hironaka yang mengakui tidak berkomunikasi dengan klien dalam masa terdekat. 

Malah, Junichiro menjelaskan pasukan undang-undang yang mewakili Carlos Ghosn masih lagi memegang passport warga Lubnan tersebut.

Carlos Ghosn merupakan salah seorang insan yang paling berkuasa dalam industri automotif global apabila berjaya menyelamatkan Nissan daripada bangkrap sebelum ditahan pada November 2018 akibat salah laku kewangan. 
 


Dalam satu kenyataan, Carlos Ghosn mengesahkan bahawa beliau telah melarikan diri bagi mengelakkan diri daripada ditahan dibawah sistem keadilan Jepun di mana yang ditahan akan dianggap bersalah, selain diskriminasi berleluasa dan hak kemanusiaan diketepikan. 

Semenjak ditahan, Carlos Ghosn berkali-kali menafikan dakwaan beliau terlibat di dalam kes pecah amanah dan salah guna kedudukan sebagai orang teratas di dalam Nissan untuk tujuan peribadi. 

Menurut agensi berita Jepun Kyodo News, terma dan syarat jaminannya masih kekal tidak berubah, namun pihak berkuasa imigresen melaporkan tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan Carlos Ghosn telah berjaya melarikan diri dari Jepun. 

 


Nissan kini berada di dalam keadaan yang tidak menentu dan terbaharu Naib Operasi Nissan Jun Seki memberitahu akan meninggalkan Nissan dan menyertai Nidec Corp sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi. 

Peletakan jawatan yang dibuat oleh Jun Seki ini menyebabkan saham Nissan jatuh 2.8 peratus. 

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…