Carlos Ghosn ditahan semula atas tuduhan baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditangkap semula sebaik sahaja penahanan beliau tamat tadi.

Pendakwaraya Jepun menahan semula Ghosn atas tuduhan-tuduhan salah laku kewangan yang baharu.

Ghosn diberitakan mencuba untuk menamatkan tempoh penahan beliau selepas sebulan ditahan tetapi nampaknya usaha itu gagal.

Stesen TV Asahi melaporkan pihak pendakwaraya telah menggeledah rumah Ghosn di Tokyo dalam usaha untuk mencari bukti-bukti.

Pertuduhan baharu ke atas Ghosn itu melihat beliau melakukan kesalahan dari segi Akta Syarikat Jepun, lebih serius dari kesalahan yang dituduh ke atas beliau sebelum ini.

Jika disabitkan bersalah, Ghosn boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun maksimum dan denda sehingga 10 juta Yen (RM375,000).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Carlos Ghosn, legenda pengurusan automotif yang masih ditahan di Jepun kerana disyakki tidak…
Berita Global
Mahkamah Daerah Tokyo telah memutuskan pengerusi Nissan, Carlos Ghosn dan Wakil Pengarah Greg Kelly…
Berita Global
Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah ditangkap pagi tadi di Yokohama atas tuduhan salah laku…