Carlos Ghosn ditahan buat kali keempat di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditahan buat kali keempat menurut laporan daripada NHK atas dakwaan terbaharu pecah amanah. 

Ghosn yang baharu sahaja dibebaskan dengan jaminan setelah 108 hari ditahan didakwa menyalahgunakan dana Nissan untuk kegunaan peribadi. 

Selaku seorang tokoh yang berjaya menyelamatkan Nissan daripada kerugian teruk, Ghosn kini menunggu perbicaaan atas tuduhan menipu pendapatan dan salah guna kedudukannya selama mengetuai Nissan.

Ghosn menerusi jurucakapnya kepada CNN Business memberitahu bahawa penangkapannya adalah sangat keterlaluan, selain mengaku tidak bersalah atas segala tuduhan yang telah dilontarkan. 

Semenjak Ghosn dilucutkan jawatan, ia telah mewujudkan ketegangan antara Nissan dan Renault, selain mengejutkan industri automotif global dan menimbulkan persoalan terhadap sistem keadilan jenayah Jepun. 

Dalam satu kenyataan lain, Nissan enggan mengulas mengenai penangkapan Ghosn sebaliknya menyatakan penyiasatan dalaman mereka sudah cukup untuk membuktikan bahawa tokoh tersebut wajar ditahan. 

Tambah membingungkan apabila penangkapan ini dibuat sehari selepas Ghosn berjanji akan memberitahu perkara sebenar menerusi laman mikroblog Twitter pada 11 April ini. 

Sumber: CNN Business

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…