CAREPLUS BUKA HUB TEKNOLOGI HIJAU DI SEREMBAN

oleh Hamimah Hamid|
SYARIKAT pembuat sarung tangan getah, Careplus Group Berhad membuka Careplus Mall di Seremban, Negeri Sembilan.

Careplus Mall dibangunkan bagi menyediakan rangkaian kenderaan elektrik seperti stesen pengecasan pantas, pusat Latihan TVET, panel solar bagi kegunaan rumah dan komersial, serta kemudahan bersukan dan hiburan untuk seisi keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pembukaan yang bertempat di Pusat Komersial Oakland, Seremban itu dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Careplus, Lim Kwee Shyan berkata, Careplus kini sedang menerokai potensi perniagaan dalam bidang teknologi hijau dan tenaga baharu. 

 

Katanya, ia termasuk dalam kelengkapan solar dan juga kenderaan elektrik.

 

"Ketika ini Careplus Mall mempunyai Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Baik Pulih (4S) bagi kenderaan elektrik jenama NETA, peralatan kepada penyelesaian panel solar bagi kegunaan rumah dan komersial", katanya.

 

Ujar beliau, Careplus juga telah bekerjasama dengan Kumpulan GoAuto bagi menerokai bidang berkaitan industri kenderaan eletrik (EV). 

 

Ia telah dipersetujui diantara kedua-dua belah pihak dalam pengimportan dan pengedaran kenderaan elektrik jenama NETA serta pemasangan kenderaan tenaga baharu untuk model jenama tersebut.

 

Kilang pembuatan dan pemasangan dijangka akan bertempat di Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.

 

"Selain itu, beberapa perniagaan yang berkaitan, seperti GENTARI akan memasang 6-unit stesen pengecasan pantas berkapasiti diantara 180 - 250kW. 

 

"Ia dijangka akan siap dipasang pada suku kedua tahun 2024," katanya.

 

Penulis: Firdaus Razani