Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak terbaharu Perodua - harga RM680

oleh SALINA JALIL|
Perodua memperkenalkan Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil, yang menawarkan lebih fleksibiliti, praktikaliti dan nilai kepada para ibubapa di Malaysia.



Ditawarkan pada harga RM680 di Semenanjung Malaysia dan RM695 di Malaysia Timur, Perodua Care Seat sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur hingga 12 tahun (atau berat sehingga 36 kg), menggantikan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp Infant dan Toddler sebelumnya yang berharga RM785 dan RM975 (harga Semenanjung) masing-masing.


Modenas

 

“Perodua Care Seat merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang ke arah tahap keselamatan jalan raya yang lebih tinggi sebagai syarikat yang prihatin dan mengutamakan nilai insan, selari dengan aspirasi kerajaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.


“Untuk keselamatan mereka, kanak-kanak haruslah ditempatkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak sebelum kenderaan bergerak. 

 

Dalam mendorong amalan ini, Perodua memperkenalkan produk yang lasak, mudah disesuaikan, selesa, mampu milik dan memenuhi piawaian keselamatan,” tambah beliau.


Perodua Care Seat menggunakan pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04. Ia boleh dipusing menghadap ke depan atau ke belakang dan menampilkan enam posisi baring serta tali keselamatan yang melaraskan diri mengikut kedudukan sandaran kepala.

 

 

“Perodua Care Seat lebih jimat kerana kerusi yang sama boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kecil, tanpa perlu bertukar kerusi,” kata Dato’ Zainal.

 


“Perodua akan terus menyebarkan kesedaran, mendidik dan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kalangan para pelanggan kami.

 


“Kami berharap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan menjadi satu kebiasaan di Malaysia suatu hari nanti – ini akan membantu mengurangkan kecederaan dan kemalangan jiwa di jalan raya, terutama sekali bagi anak-anak tersayang,” tambah beliau.

 


Ditawarkan dalam warna kelabu atau biru, Perodua Care Seat didatangkan dengan waranti satu tahun – dua kali ganda tempoh waranti Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp Infant dan Toddler yang sebelumnya – dan boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua.

 

Perodua Care Seat kini boleh didapati di semua pusat-pusat jualan dan servis Perodua yang sah di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di…
Berita Domestik
Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda, kerusi tandas duduk, papan…
Berita Domestik
Aruz varian X masih mengekalkan harga RM68,526 sementara varian AV pula kekal RM73,226 (harga atas…