Cardo Packtalk Edge khas untuk KTM!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sinar Puncak, pengedar rasmi Malaysia untuk jenama Shoei, Alpinestars, RK, Yoshimura, YSS, Domino, Cardo dan beberapa jenama global lain telah melancarkan unit komunikasi helmet dengan jenama dan warna rasmi motosikal KTM.

Model KTM Packtalk Edge ini datang dengan bentuk yang lebih nipis dan kompak serta dengan fungsi Air Mount terkini di mana ia menggunakan magnet untuk melekatkannya kepada helmet dengan lebih pantas dan mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda tidak perlu risau kerana walaupun ia menggunakan magnet, unit itu akan terkunci dengan tapaknya secara fizikal.

Ia juga menggunakan teknologi perhubungan Bluetooth chip 5.2 dengan sistem DMC generasi kedua yang memberi fokus kepada tona suara agar lebih jelas didengar.

Untuk penggemar muzik, dengan talaan bunyi pula ialah oleh JBL, yang memberikan kepuasan audio terbaik.

 


 

 

Selain dari itu, ia boleh dicaj sepantas 20 minit untuk penggunaan selama dua jam, update yang boleh dilakukan secara nirwayar dan waranti selama tiga tahun.

Fungsi KTM Packtalk Edge ini sebenarnya sama dengan Packtalk Edge biasa, cuma ia datang dengan jenama dan warna rasmi KTM - oren Felda. 

Harga untuk KTM Packtalk Edge ialah RM1,699, RM50 lebih mahal dari Packtalk Edge biasa.

Kit helmet kedua Packtalk Edge JBL pula berharga RM529.00, bermakna anda boleh pasangkan tapak dan speaker JBL itu kepada helmet kedua anda.

 

 

Yang pasti, Cardo atau nama lamanya, Scala Rider ini ialah jenama pertama yang menghasilkan sistem komunikasi Bluetooth dengan teknologi Noice Cancellation yang pertama untuk kegunaan motosikal dan kerana itu, prestasi audionya memang terbaik di dalam pasaran.

Dibantu dengan sokongan waranti serta khidmat lepas jualan yang khusus untuk Malaysia, tidak hairan kenapa ramai yang sudah bertukar kepada Cardo.

Nantikan video Careta tentang penggunaan Cardo Packtalk ini kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…