Cardo Packtalk Custom mula dijual 18 September, tiga pakej langganan bulanan/tahunan, harga RM999

oleh Mohamad Hanif|
Sinar Puncak Sdn Bhd, pengedar rasmi alat komunikasi helmet baharu sahaja melancarkan produk terbaharu Cardo Packtalk Custom untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti produk lain, Cardo Packtalk Custom merupakan alat komunikasi pertama di dunia yang hadir dengan pakej langganan bulanan/tahunan, dan boleh disesuaikan mengikut minat dan bajet anda.
 

Cardo


Terdapat tiga pakej yang langganan yang disediakan, iaitu:

Silver
• RM13.99/bulan atau RM92.99/tahun
• Perkongsian Muzik
• 3 Profil Audio
• Dial Pantas

Gold
• RM22.99/bulan atau RM139.99/tahun
tambahan kepada ciri di atas
• interkom Blutooth universal
• Bluetooth bridge
• sambungan kepada peranti kedua

Platinum
• RM32.99/bulan atau RM184.99/tahun
tambahan kepada ciri di atas
• Mod Eco
• Arahan Suara
 

Cardo


Pakej langganan bulanan itu menawarkan lebih fleksibiliti dan kebebasan kepada para pengguna, di mana mereka hanya perlu bayar fungsi dan ciri yang mereka mahu gunakan, selain bebas untuk bertukar antara tiga pakej yang ditawarkan menerusi Cardo Connect App.

Alat komunikasi Cardo Packtalk Custom membawakan modul komunikasi Dynamic Mesh generasi kedua, sistem pembesar suara 40 mm dengan audio HD, sistem Bluetooth 5.2, dan menyokong perbualan sehingga 15 orang pada satu-satu masa (jarak maksimum 1.6 km).
 

Cardo


Dengan berat sekitar 47 g, Cardo Packtalk Custom juga mempunyai ciri kalis air IP67, sistem radio FM selain menyokong kemas kini over-the-air.

Dari segi ketahanan, bateri Packtalk Custom ini mempunyai tempoh bertahan sehingga 10 hari, masa perbualan selama 13 jam, tempoh pengecasan sehingga dua jam, serta menyokong pengecasan pantas 20 minit untuk tempoh perbualan dua jam.

Harga jualan Cardo Packtalk Custom bermula dari RM999, dan boleh didapati di semua pengedar sah Cardo bermula 18 September 2023.