Caravan Benimar Mileo, kini dijual di Malaysia

oleh Careta.my|
Caravan Benimar Mileo
Caravan Benimar Mileo
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah lama mengimpikan percutian bersama keluarga dengan sebuah caravan serba mewah? Motorhomes atau caravan, memang sukar atau tidak pernah kita nampak di atas jalanraya di Malaysia, namum kini, percutian dengan sebuah caravan mewah mungkin bakal menjadi kenyatan. Luxe Motorhomes & Caravan telah melancarkan 13 model motorhohomes (caravan) jenama Benimar Mileo di pasaran Malaysia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed. HA1904170022 “Kemasukan dan pengenalan Motorhomes di Malaysia ini berpotensi mewujudkan banyak kesan di dalam industri. Industri pelancongan dan automotif juga akan mendapat pelbagai peluang pasaran baharu yang akan berkembang” kata Datuk Mustapa.

Exterior Benimar 313

Sebelum ini, percutian atau penggunaan caravan hanya popular di Negara Eropah, namun Luxe Motorhomes menjangkakan, motorhomes ini bakal menjadi trend dan gaya pelancongan yang baharu di Negara ini. Luxe Motorhomes juga menyasarkan untuk menjual 50 unit motorhomes bagi tahun 2017. [gallery columns="2" size="large" ids="28419,28436"] [gallery size="full" ids="28418,28432,28434"] Motorhomes ini ditawarkan pada harga RM609,000 hingga RM650,000 dengan 13 model motorhomes yang berbeza. Benimar Mileo telah didatangkan dari Sepanyol dengan mengikut spesifikasi UK. Ia menggunakan casis Fiat Ducato yang telah dipertingkatkan jumlah tempat tidurnya iaitu daripada dua kini empat, dan enam ruang tempat tidur bagi model overcab. Berkut merupakan spesifikas Motorhomes Benimar Mileo: m1 m3 Ciri-ciri standard:Beg udara untuk pemandu dan penumpang

  • Cruise control, system brek ABS, pengelap cermin dan lampu automatik dan cab air.
  • Radio DAB dengan skrin sesentuh
  • Kamera pemerhati bahagian belakang
  • Struktur ruang dalaman diperbuat daripada plastik bertetulang kaca dan juga PVC
  • 99% binaan bebas-kayu
  • Pendingin hawa termasuk di bahagian bumbung
  • Televisyen LED dengan pemain DVD serta penala satelit.
  • Panel solar 150-watt di bahagian bumbung dan “awning”

Bagi anda yang berminat untuk pandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: www.luxemotorhomes.com.my [gallery columns="2" size="medium" ids="28435,28433"] [gallery columns="2" size="medium" ids="28431,28430"]