Cara nenek ini takutkan pemandu laju sangat unik - guna pengering rambut!

oleh Mohamad Hanif|
Usah pandang rendah kepada warga tua kerana ada kalanya kelakuan mereka mampu 'menakutkan' anda di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penulis tidak berniat untuk memburukkan pemanduan warga tua, akan tetapi berita yang dilaporkan oleh KRTV ini agak menarik perhatian di hujung minggu ini. 

Ini kerana seorang nenek, Patti Forest Baumgartner telah dianugerahkan gelaran Ms. Patti, Honorary Trooper atas jasa beliau mengawal keadaan trafik di kawasan kediamannya. 

Apa yang diperlukan oleh Ms Patti bukanlah sebuah kamera perangkap halaju, akan tetapi beliau hanya memerlukan kerusi, minuman dan sebuah pengering rambut bagi menakutkan pemandu yang memandu laju di kawasan kampung. 

Ketika ditanya, nenek tersebut sekadar mahukan cucu-cucunya berasa lebih selamat ketika melawat beliau di kampung. 

 


"Adakalanya pemandu-pemandu ini lupa untuk memperlahankan kereta mereka, dan ramai penduduk kampung mengadu pemanduan mereka yang berbahaya itu," ujar beliau kepada KRTV. 

Dengan tiga barangan yang disebutkan itu tadi (dan penampilan yang bersahaja), Ms. Patti berjaya membuatkan pemandu-pemandu berasa takut kerana dari jauh, pengering rambut tersebut dilihat seakan sebuah kamera perangkap halaju. 

Tindakan nenek ini juga menarik perhatian pasukan polis Montana Highway Patrol dan membuat keputusan untuk menganugerahkan gelaran Honorary Trooper kerana jasa beliau mengawal keadaan trafik di kawasan kampung itu. 

Sumber: KRTV