Cara mudah periksa tayar anda, masih ok atau perlu ditukar?

oleh SALINA JALIL|
Tayar merupakan komponen paling utama dan terpenting bagi sebuah kenderaan, sebagai tanda peringatan buat semua pemandu kami menulis kembali peringatan ini sebagai panduan.


Jika rosak atau tidak diselenggara dengan baik, ia boleh menyebabkan kemalangan dan lebih teruk lagi, boleh mengancam nyawa diri, penumpang dan pengguna jalanraya yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikut merupakan beberapa panduan penyelenggaraan asas tayar kenderaan oleh Goodyear Malaysia.

 

Kesan mengepam angin yang salah boleh mengakibatkan tayar cepat haus;

 

 

Tayar tidak cukup angin

Jika tayar kenderaan tidak cukup angin, ia akan menunjukkan kehausan pada sisi bahagian luar.

 

Ini sekaligus mengurangkan penjimatan bahan api dan menyebabkan berlakunya penghasilan haba yang berlebihan dan meningkatkan kadar kehausan tayar.

 

 

Tayar terlalu keras

Jika tayar kenderaan terlalu keras, ia akan menunjukkan kehausan pada bahagian tengah.

 

Hal ini boleh menyebabkan anda mengalami pemanduan yang kurang selesa. Selain itu, anda turut terdedah kepada kerosakkan yang disebabkan oleh lubang di atas jalanraya dan menjadi punca kepada kehausan tayar secara tidak sekata.

 

 

 

 

Cara melakukan pemeriksaan tekanan tayar

 

1. Parkir di kawasan yang rata dan pastikan tayar berada dalam keadaan lurus.

 

2. Lukis satu garisan di atas bunga tayar.

 

Lukis garisan melintang di atas bunga tayar

 

3. Pandu perlahan-lahan sehingga garis tadi hilang.

 

4. Sekiranya garisan hilang dengan sekata pada keseluruhan tayar, tekanan angin di dalam tayar anda adalah betul.

 

Jika garisan hilang pada bahagian tengah berbanding sisi, bermakna tayar itu terlebih angin atau terlalu keras.

 

Jika garisan hilang pada bahagian sisi berbanding tengah, bermakna tayar itu tidak cukup angin.

 

tayar garisan tengah hilang
tayar garisan tepi hilang

 

Cara memanjangkan hayat tayar kenderaan:

 

  • Penggiliran tayar (rotation)- dibuat sekurang-kurangnya setiap 10,000 km.

 

  • Pengimbangan dan penjajaran tayar (balancing dan alignment): Anda perlu membuat penggiliran tayar sekiranya anda dapat merasa getaran pada stereng atau kenderaan bergerak ke arah tepi. Ini bagi membolehkan kehausan tayar menjadi sekata dan pengendalian yang lebih baik.

 

 

Ujian permukaan hayat bunga tayar dengan syiling 20 sen

 

Masukkan duit syiling 20 sen (nombor 20 menghadap ke atas) ke dalam bunga tayar. Jika anda tidak dapat melihat perkataan “sen” dengan jelas, anda masih ada lebih daripada 2/32 inci baki bunga tayar.

 

Bagaimanapun, jika perkataan “sen” dapat dilihat dengan jelas, apa tunggu lagi, sila tukar tayar kereta anda!

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…