Cara mengukur mendapan suspensi motosikal!

oleh SALINA JALIL|
Panduan melaraskan suspensi motosikal anda untuk mendapatkan pengendalian jentera yang mantap. Bagaimana nak mula?


Kaedah berikut akan memberikan anda panduan asas dalam mendapatkan tetapan suspensi motosikal anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Anda boleh mula melakukan tetapan suspensi anda, berbanding jarak pergerakan roda. Jarak pergerakan roda atau "wheel travel" ini merupakan jarak naik turun maksima yang mampu dicapai roda sesebuah motosikal itu.

 

Pertama sekali, anda harus menentukan pra-bebanan (preload) iaitu kadar mendapan atau lensut spring dan suspensi anda (lihat gambar rajah dan arahan di bawah).

 

Bacaan yang paling penting adalah apabila anda berada di atas motosikal. Pun begitu, kadar mendapan ini banyak bergantung kepada keadaan fork, maksud nya jika fork anda tidak berapa baik, mendapan akan bertambah.

 

Gunakan pita pengukur dan/atau pengikat kabel (cable-tie) untk mendapatkan ukuran. Pastikan anda tidak naik atau bangkit dari motosikal terlalu mendadak kerana ini boleh menolak cable-tie ke bawah terlalu jauh (fork boleh juga melekat, jadi jangan bimbang tentang bacaan yang sedikit berbeza) 

 

 

 

Pemanjangan sepenuhnya 

 

Panjangkan fork sepenuhnya dengan roda tidak menyentuh tanah dan tidak berdiri di atas fork. Ikat cable-tie pada bahagian berkilat kaki fork, dan naikkan sehingga pengikis habuk getah. 

 

Mendap jentera 

Turunkan motosikal perlahan lahan agar tayar menyentuh tanan, dan kemudian angkat kedudukan sekali lagi untuk memanjangkan fork sepenuhnya. Jarak pertama cable-tie telah berubah pada fork adalah 'Mendap Jentera'.   

 

Mendap penunggang 

Naik ke atas motosikal dengan kedua-dua fork tegak dalam kedudukan menunggang biasa. Jarak kedua perubahan cable-tie adalah 'Mendap Penunggang'.

 

 

Julat Mendap Penunggang suspensi hadapan: 25 peratus <---> 33 peratus daripada jumlah pergerakan roda (gunakan angka-angka ini sebagai panduan sahaja, ujian menunggang akan menentukan bacaan akhir).

 

Ini bersamaan 25-45mm bergantung kepada ciri-ciri motosikal anda. Semak manual anda untuk spesifikasi yang tepat. Jentera perlumbaan mungkin kurang daripada 25mm.

 

Suspensi belakang Pemanjangan sepenuhnya 

 

Sepenuhnya panjangkan suspensi belakang dengan roda tidak menyentuh tanah. Jangan gunakan dirian lengan-ayun/swingarm.

 

Ukur secara menegak dari gandar belakang hingga satu titik yang sesuai pada badan motosikal, atau gunakan pita pelekat untuk membuat titik rujukan sukatan. 

 

Mendap Jentera 

 

Motosikal akan menjadi lebih rendah apabila diturunkan dan disokong roda di atas tanah. Ukur pada tanda yang sama. Jarak yang dikurangkan adalah 'Mendap Jentera'.

 

Mendap Penunggang 

 

Naik ke atas motosikal pada kedudukan menunggang biasa, dapatkan bantuan rakan dan sekali lagi ukur tanda yang sama. Jarak akhir dikurangkan adalah 'Mendap Penunggang'.

 

Julat Mendap suspensi belakang:

 

Semak manual motosikal untuk mendapatkan 'jarak pergerakan roda' motosikal anda 'Julat Mendap Penunggang':

25 peratus <---> 33 peratus daripada jumlah jarak pergerakan roda.

 

Periksa samada motosikal anda memenuhi julat seperti yang disyorkan untuk suspensi depan dan belakang. Jika tidak, laraskan pra-bebanan (preload) anda bagi mencapai julat tersebut dan lakukan tunggang uji untuk membandingkan prestasi nya.

 

 

setting

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…