TIPS: Cara kesan kenderaan bekas tenggelam banjir

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Sebagai sebuah negara tropikal, cuaca yang tidak menentu sudah menjadi kebiasaan di negara kita dan ada kalanya bencana besar juga boleh terjadi dan memberi kesan kepada orang ramai.


Dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia baru-baru ini, sememangnya kami percaya lambakan kenderaan-kenderaan yang telah ditenggelami banjir akan dijual kepada kedai-kedai terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

air masuk kereta

 

Bagi seseorang yang ingin membeli kenderaan terpakai, mereka akan terdedah dengan penawaran kenderaan yang terkesan akibat banjir apabila banjir sudah surut, tidak kiralah yang sekejap mahupun lama.

 

Sudah tentu, penjual kenderaan terpakai akan cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan kesan banjir dengan mencuci serta membaiki benda yang secara terang menunjukkan kesannya, tetapi setelah beberapa lama, masalah lain mungkin akan timbul apabila memiliki kenderaan yang pernah tenggelam dalam banjir ini, terutamanya sistem elektronik.

 

Jika anda bercadang untuk membeli kenderaan terpakai, di sini kami nyatakan beberapa cara mengesan kenderaan ini seperti yang dicadangkan oleh edmunds.com.

 

1. Waspada dengan bau yang tidak menyenangkan

 


Bau hapak atau masam boleh terhasil daripada bahagian yang sudah pernah basah buat masa yang lama dan tidak boleh dibersihkan.

 

Hati-hati juga dengan pewangi kereta yang diletakkan untuk menghilangkan bau tersebut. Pasang pendingin hawa jika ada bau tersebut.
 

 

2. Perhati warna karpet yang tidak sekata


Lihat atau selak jika perlu, dan jika terdapat kesan warna yang berbeza antara bahagian yang tinggi dan rendah pada karpet kenderaan, ia mungkin menunjukkan kehadiran air yang bertakung.

Walaubagaimanapun, ada juga penjual yang menukar keseluruhan karpet untuk menyembunyikannya.

 

3. Periksa bahagian luar


Biasanya bagi bahagian-bahagian badan tertentu, anda boleh melihat kesan kuning akibat air bertakung, contohnya pada lampu, ruang enjin mahupun but belakang.

 


4. Periksa bahagian bawah kenderaan


Cuba cari tanda karat atau besi mengelupas yang sepatutnya tidak ada pada kenderaan yang agak baru.


5. Tengok kesan kumpulan kotoran di tempat yang tidak sepatutnya


Ini termasuklah bahagian seperti landasan pelaras tempat duduk dan karpet di belakang atau bawah papan pemuka. Jangan lupa juga bahagian enjin.

 

Anda mungkin boleh terperdaya dengan harga murah, di bawah paras biasa pasaran dan melihatnya sebagai peluang yang perlu disambar.

 

Tetapi, apa yang terjadi selepas membeli kenderaan kesan banjir ini boleh menyusahkan dan memakan kos yang lebih dari jangkaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…