Cara didik anak minat kereta - kumpul lencana, logo syarikat automotif

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengumpul model kereta berskala mungkin salah satu cara yang dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa bagi memupuk minat anak terhadap kenderaan beroda empat. 

Namun, kisah ini kami petik daripada laman web Popular Mechanics lain pula caranya, mengisahkan seorang kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar - dengan mengumpul logo syarikat automotif.

Hurty sememangnya minat kereta, dan antara perkataan terawal yang dipelajari adalah menerusi nama-nama model kereta. 

Patch Hurty baru berusia kira-kira lima tahun apabila beliau menjumpai sebuah lencana Ford di halaman rumahnya yang terletak di Connecticut secara tidak sengaja.
 


Saat terjumpanya lencana Ford itu merupakan batu loncatan bagi Hurty untuk memulakan koleksi peribadi - lencana dari semua syarikat automotif.

Namun, untuk menunggu lencana yang tercicir daripada kereta-kereta mungkin agak sukar memandangkan jalanraya di sana amatlah baik, jadi Hurty membuat keputusan mengarang surat kepada setiap syarikat automotif - lebih daripada 50 syarikat termasuklah syarikat yang sudah lama berhenti beroperasi - untuk meminta lencana. 

Dengan bantuan daripada ibunya, Lindsay, beliau mengarang sepucuk surat ringkas menerangkan peribadi, dan misi beliau dalam mengumpulkan setiap lencana automotif yang ada di dunia. 

Dalam masa yang sama, Hurty turut mengepilkan duit syiling daripada tabung simpanannya dan sekeping gambar beliau bersama logo model kereta. 

Hasilnya:


Volvo menghantar lencana grill hadapan, frisbee dan beberapa barangan cenderahati. 

Jeep memohon maaf kerana tiada sebarang lencana untuk diberikan, namun Hurty tetap menerima kepingan besi, topi, pen dan sebuah keychain.

BMW menulis kembali kepada Hurty

"It's great that you enjoy watching Ultimate Driving Machines® cruise past your house and we are happy to send you the enclosed shiny, new BMW emblem to add to your collection."

Lincoln menghantar sekeping gambar lukisan yang menunjukkan sebuah lakaran awal model Continental.

Suzuki telah menghentikan jualan kenderaan mereka di Amerika sejak 2014, namun mereka tetap memberikan sebuah key ring, pelekat serta brosur berkenaan motosikal dan ATV. 

Isuzu tidak mempunyai sebarang produk berkenaan kereta, sebaliknya mereka menghadiahkan model berskala 1:64 trak komersil kepada kanak-kanak tersebut.
 


Bentley pula memberikan center cap logo Bentley daripada rim bersama sepucuk surat daripada pengarah perkhidmatan pelanggan yang mengucapkan terima kasih kepada Hurty. 

Volkswagen menghargai surat yang dihantar oleh Hurty dan membalas kembali dengan sepucuk surat yang berbunyi: 

"Your letters have made a lot of people in our offices happy, Patch. I am very glad that you took the time to reach out and share your dream. Keep spreading happiness and good things will come your way."

Ketika ditanya apakah kereta pertama yang bakal beliau miliki ketika dewasa nanti, Hurty menjawab "Ford!"

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Suspek yang aktif melakukan perbuatan itu sejak seminggu lalu akhirnya ditahan polis di Jalan…
Berita Global
Siapa tak kenal Hot Wheels, mainan kereta yang digilai bukan sahaja oleh anak-anak, tetapi bapa-…