Cara aneh Volvo ucap terima kasih kepada kru produksi - hasilkan 240 Wagon pendek

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo 240 Series merupakan antara model popular Volvo suatu ketika dahulu, dengan jumlah jualan global melebihi 2.8 juta unit dan tempoh produksi yang amat panjang - 19 tahun!

Dalam masa yang amat panjang itu, terlalu banyak model 240 edisi khas yang diproduksikan, termasuklah sebuah Volvo 244 GLE Thor - nama Tuhan Petir dalam mitologi Greek yang kemudian menjadi identiti lampu DRL Volvo masa kini. 

Sebagai meraikan pencapaian yang amat cemerlang ini, Volvo telah mengadakan satu acara khas di kilang pemasangan Torslanda, Sweeden dengan satu produk terakhir 240 yang penulis kira agak aneh - wagon pendek dua pintu. 
 

 


Wagon terakhir yang keluar dari barisan produksi ini sebenarnya dihasilkan sebagai tanda terima kasih kepada barisan kru 240 yang bertungkus lumus sepanjang tempoh produksi berjalan. 

Ia juga merupakan simbol kepada kejayaan pasukan produksi dalam memendekkan masa antara permulaan sehinggalah kepada fasa akhir produksi sesebuah 240.
 


Jika anda fikir Volvo 240 versi pendek ini cukup pelik, Volvo sebenarnya pernah menghasilkan sebuah wagon 245 Hearse, wagon dua pintu dengan ruang kargo yang amat luas - digunakan sebagai sebuah ambulans  (dan mungkin kereta mayat) pada ketika itu.

Nak tahu versi lebih aneh? 

 


Wagon tujuh tempat duduk Volvo 245 Transfer juga pernah diproduksikan pada 1977 - 1980-an, di mana ia merupakan sebuah wagon dengan jarak antara roda yang dipanjangkan. 

Volvo 245 Transfer ini pernah digunakan sebagai bas sekolah luar bandar dan juga teksi!

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, harus diingat bahawa pencapaian tersebut tidak akan hadir dalam tempoh semalaman, malah…
Berita Global
Apa yang menarik, semenjak ia diproduksikan pada tahun 1970-an sehinggalah akhir produksi, reka…