Cara anda memegang stereng mungkin penyebab kecederaan teruk

oleh Mohamad Hanif|
Kedudukan tangan di stereng adalah penting untuk memastikan pemandu mempunyai kawalan yang sepenuhnya terhadap kereta ketika di atas jalan, terutama ketika sedang membelok ataupun mengelak halangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika mengikut cara yang biasa diajar oleh cikgu ketika di sekolah memandu, kedudukan tangan yang sesuai adalah di posisi 10 dan 2 (mengikut senggat jam), dan bukan memandu menggunakan sebelah tangan sahaja.

Namun, mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyarankan supaya para pemandu menukar posisi tangan kepada kedudukan 9 dan 3

Hal ini adalah disebabkan kereta baharu sudah pun dilengkapi dengan beg udara, dan kedudukan tangan 10 dan 2 berkemungkinan besar akan mengganggu mekanisme pelancaran beg udara terutama ketika kecemasan. 
 

harap maaf, anda bukan Dom. sila prihatin dengan keselamatan diri anda. 


Jika kedua-dua tangan berada di kedudukan tersebut, ia akan 'bertembung' dengan letusan mekanisme beg udara (yang direka untuk meletus ke atas) dan mungkin menyebabkan tangan ada sendiri bakal mencederakan muka sehingga menyebabkan retak hidung dan gegaran pada otak. 

Ini bermakna, semakin tinggi kedudukan tangan anda di stereng, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat kecederaan sendiri. 

Menurut laporan daripada NHTSA itu sendiri, sudah terdapat beberapa kes kecederaan melibatkan tangan atau jari terpaksa dikudung, retak dan kecederaan di bahagian perut yang digelar sebagai "degloving". 

Sesetengah garis panduan mencadangkan kedudukan 8 dan 4 namun kedudukan ini mungkin akan mengurangkan kawalan penuh terhadap kenderaan bagi mereka yang tidak biasa.
 


Hal ini turut terpakai kepada kedudukan tangan ketika membelok, di mana cara tradisonal silang tangan seperti yang diamalkan oleh pemandu-pemandu dahulu tidak lagi boleh diamalkan.

Sebaliknya, ketika membelok, anda seharusnya mengamalkan teknik tolak-tarik (push-pull), di mana sebelah tangan 'menolak' stereng ke arah yang dituju, dan sebelah tangan lagi menarik ke arah yang sama, tanpa perlu menyilang tangan. - NBC News melalui LifeHacker

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 260,915 unit Mazda3 dari tahun 2004 sehingga 2007 di US akan dipanggil semula untuk…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Mazda menerima 10 laporan…
Berita Global
Kebolehan stereng dengan roda belakang sebenarnya banyak membantu kenderaan yang mempunyai jarak…